Monday, November 19, 2012

doa selepas wuduk dan tips wuduk

petang-petang kt opis ni teringat pesan ibu mintak printkan satu doa lepas wuduk utk dia tampal kat bilik air..
em..sedang googling, ssh jgk nk jumpe doa yang mudah utk dia baca (org tua kan rabun..die siap bgtau print besar2..ibu tak nmpak..hihi)..so kt cni nk share lah jugak doa selepas wuduk if ade antara readers yang ingin mencari juga...dapat juga dimanfaatkan..


dalam mencarik doa ni terjumpe satu website yg agak ohsem yg bgtau tentang asas ilmu islam ni..sangat comel doodle islamic dia..tp syg bile tgk site dia last update 2011..agak dh lama tak update..tak tau knape..syg laman tu dibiarkan begitu..try jenguk if berminat.. owhsomuslim.com dan nak share juga tips utk wuduk menjadi lebih afdhal...insyaallah..





comel kan?...

bersawang lagi

stress jugak bile firewall (maafkan kalo silap..sy bkn bdk IT basis) kt opis ni memblock blogger.com membuatkan aku tak dpt nk update n share sikit story kt blog ni..at least tension-tension kerja, bole la relaks jap mengarang n mengarut di blog ni..

tp heran..arini sj try+test bukak page ni lepas plak..hmmm..mungkin hari ni atau smpai bile2 die dh tak block..itu kite tak tau..

hrp ari ni dpt la nk mencoret di blog ni di 15min terakhir sblm nk balik uma ni..hihi..

sekadar gambar hiasan yang menafsirkan keadaan mental dan emosi tatkala ini :)


Thursday, September 27, 2012

Program Penilaian Profesional - Rumah Nur Hikmah

terhimpit dengan tugas rasmi dan tugasan pengesahan perkhidmatan PTD ni mmg perit sangat...perit pada otak..sarat pada otak..pening memikirkan sponsor, aktiviti bagi Program Penilaian Profesional (PPP) yang lebih berkonsepkan CSR - pegawai awam perlu turun padang untuk berbakti kepada masyarakat.

Program aku kali ni dirancang nak dibuat di RUMAH NUR HIKMAH, Kajang.  Lawatan dan persetujuan dengan tuan rumah telah dibuat.  Cuma pening kepada memikirkan misi mencari dermawan ni susah sangat2 dengan kekangan masa yg terhad yg diperuntukkan oleh JPA...(sangat kejam ok..) (nanges!)

Arini terpanggil nk update blog sbb keciwa dgn service drp KFC..bkn restoran KFC tu..tp drp PR KFC Holdings sendiri.. aku call untuk dapatkan maklumat ttg prosedur untuk sumbangan rumah anak yatim ni..tp jawapan yg diterima agak menghampakan.."tengoklah".."u hantar dulu proposal n surat permohonan"...dh tau dh kalo jawapan mcm tu mmg tak dpt la..tp ko sbg PR perlu ade cara layanan yg lebih mesra walaupun nk menolak permohonan ni...salute pada Kidzania, Nestle, Gardenia yang deal dgn aku tanpa ada riak di suara mereka.

Ape yg kne pikir skg ni nk mencarik sponsor utk makan-minum semasa aktiviti berlansgsung tu..aduhai...

mane nak carik ni..

Rumah Nur Hikmah (suatu ketika dulu..skrg dah lain..)

NO to KFC..hahahaa~

Friday, September 21, 2012

Ulangtahun Ke-6 Cinta Kami | Zaimi.Adela

Alhamdulillah..

Tanggal 21.09.2012 genap 6 tahun kami bersama..sebagai pasangan bercinta, pasangan bertunang, pasangan berkahwin dan pasangan beranak sorang..hihi..

semoga cinta kami terus utuh dan kukuh dan diberkati Allah selalu..

Amin..



Doa Ibu Semasa Mengandung

Sedang melihat timeline di FB ternampak page Junior Aulad post Doa Ibu Mengandung yg sangat comel background die untuk dikongsi bersama..

Dulu time mengandungkan Ayla Ziqqin mmg ade amalkan doa ni..tp version die lain skt..cuma doa tu dh misplaced mane-mane ntah time berpindah opis thn lepas.. (doa tu ditampal kt monitor PC opis - supaye tiap2 ari mudah nk dibaca..sbb most of our time kite spend di pejabat kan?...)

so, feel free to save or copy this doa.. ;)


Aidilfitri 1433H | 2012 part.1

Agak lambat entri mood Raya ni nak masuk ke dlm blog..huhu..
mase amat suntuk..sempat buat skit, then simpan jd draft..lps tu buat balik, simpan balik jd draft..hihi..xtau bile bole publish..smpai raye dh abes la kot entri ni x publish2..kesian..msti basi..hihi.. :)

Mari kite membawe diri ke mood raye plak :

Alhamdulillah dipanjangkan lagi usia kami untuk sama-sama menyambut Aidilfitri kali ini.  Masih lagi bertiga..tidak bertambah angkanya.. :P

Menjelang raya kami bertolak pada petang ramadhan terakhir ke Kg. Bota, Perak.  Ini 1st time Mr.Zaimi beraya dan datang ke kampung belah ayah.. (agak teruk jugak kan sbb tak pernah dtg ke kampung cni walau dah 2 thn berkawen..salah saya juge sbb x bwk..dh tu asik opah je turun KL.. :P )

Alhamdulillah perjalanan lancar walaupun dalam gelap (sebab malam) dan jalan agak sesak dan 1st time jd guider kepada driver utk balik ke kg.bota ni..selama ni ayah je bwk..kami sume tdo dlm keta.. :D

Pagi raya pertama semuanya berjalan lancar.  Selesai sesi makan pagi, solat raya, sesi bersalaman dan juge bergambar..agak seronok sebab thn ni ramai saudara yang balik ke kampung..kebetulan turn masing-masing balik ke kampung bota jatuh tahun ni..syukur dikurniakan keluarga ini.  (mood sedey jugak bile terkenangkan arwah atok sbb kalau dia ada, dia yang paling bersemangat dlm sume hal..- bwk cucu mandi sungai, bgurau dgn cucu sblm tido mlm raya, pasang pelita+main mercun, jln-jln umah sedara area perak..sume tu tinggal kenangan..7 tahun dia telah pergi..al-fatihah untuk atuk tercinta.. ISMAIL BIN MOHD NASIB..)



Capture #1

Capture #2

Capture #3

Capture #4

Capture #5

Capture #6
Capture #1 - #6 semuanye demi nak mendapatkan pose terbaik..hasilnye, pilih sendiri lah.. :)




Aksi ayah Ayla kat belakang tu merisaui kamera yg  diconquer Ayla...hihi..


Wanita-Wanita Hebat.. :)

Kami bersama Ibu terchenta..masih kekal muda..










Keluarga Besar Kami disebelah Perak
Location : Bota Kiri, Parit, Perak
Opah tercinta (bertudung ungu di sane..)





Thursday, August 9, 2012

Petua Imam Ghazali Mencari Lailatul Qadar

Tanda Tanda Malam Lailatul Qadar

Pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan ramadhan.
Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar
Jika awal ramadhan jatuh pada hari:
i) Ahad atau Rabu : malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan;
ii) Isnin : malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 Ramadhan;
iii) Selasa atau Jumaat : malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 Ramadhan;
iv) Khamis : malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 Ramadhan;
v) Sabtu : malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 Ramadhan;
Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula di baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua di atas.  Walaubagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.
Tanda malam qadar ialah:
1. Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2. Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3. Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir Ramadhan dengan beribadat kepada Allah SWT dengan ikhlas dan penuh keimanan.  Mudah-mudahan kita mendapat kurniaan Allah yang kelebihan pahalanya melebihi 1000 bulan atau 83 tahun umur kita.
Sumber: http://syedsallehalattas.blogspot.com/ dan myibrah.com

Tuesday, July 24, 2012

Happy Birthday To Me



Syukur Alhamdulillah..
Dipanjangkan lagi usia ini untuk menikmati kehidupan yang penuh cabaran dan rintangan..
Semoga tahun ini dan tahun akan datang, hidup ni lebih mendapat keberkatan Allah..
Amin~




Friday, July 20, 2012

Tips Sepanjang Ramadhan | ingatan untuk diri sendiri

Insyallah esok semua umat Islam sedunia akan berpuasa selama sebulan. Sepanjang bulan Ramadhan ini lah semua umat digalakkan mencari sebanyak mungkin amalan kebaikan dalam meningkatkan kerohanian diri serta mendapat ketaqwaan Allah.

Kat cni saye nak share info berguna yang sy cedok dr blog2 yang sy follow untuk pedoman peribadi dan readers sekelian..


Agenda Individu sepanjang Ramadhan
Saya mahukan ini...semoga ada kekuatan dan kelapangan dalam diri ini..


Nota ramadhan : sgt cute!..thanks to the above blog owners..


 the don'ts during Ramadhan

the do's during Ramadhan ;)
thanks to MENCARI KASIHNYA


Thursday, July 19, 2012

Salam Ramadhan 1433H | 2012

Gambar hiasan..copy from FB page..x ingat dari mana..suke sgt gamba ni.. ;)


Pejam.celik, pejam.celik ramadhan tiba lagi. bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan (kaf.ba.ro.ta.alif.nun)..hehee~..ape yg dirasekan kali ni berbeza sikit...kat FB bnyk jugak post2 info ttg ramadhan ni yg boleh kita jadikan panduan dan pedoman...so kehangatan menantikan ramadhan sangat dirasai.  Jika ada masa terluang dan kesempatan mengupdate blog ni, saya akan share ape2 info ttg ramadhan untuk panduan kita bersama.

Tahun ni juga tahun kedua sambut ramadhan bersama anak terchenta..Ayla Ziqqin..tp tahun kedua juga 'si ibu' ni tak dapat merasa ramadhan pertamanya sebab dah dapat 'red' light untuk kita bercuti. Mungkin ada hikmahnya daripada Allah untuk tidak memberikan rezeki ini kepada saya.. :( [tp kdg2 rase fair n square jgk kot sbb 2thn sebelum ini doa dimakbulkan untuk berpuasa penuh spjg Ramadhan sebab tgh mengandungkan Ayla Ziqqin..].. semoga ramadhan kali ini saya mendapat keberkatan daripada Allah..


kite tukar topik skt..lame sgt x post story kt blog ni..masa amat suntuk..amat-amat!..adalah dalam 2 bulan tak update blog..sepanjang 2 bulan ni la saya sibuk dengan urusan "saya yang menurut perintah"..attend kursus sane cni, attend meeting pagi petang..buat kerja yg tak pernah abes.. :(

tipu la kalo cakap xde terselit rase rindu nak update blog ni kan..

ye saye rindu nk update blog ni..sian die bersawang..





Wednesday, May 30, 2012

100th

sekadar gambar hiasan... :P
Ini adalah post saya yg ke-100..
hehee..
baru nk smpai 100..org lain dh beriban-riban dh post dorg..
kire berhabuk, bersawang jgk la laman ni..sebab jarang diupdate..
 huhu~

sekadar gambar hiasan jugek... :P

Thursday, April 12, 2012

sayang kedua-duanya..

gambar diambil setelah ayla mengacau-ngacau ayahnye yg tgh nyenyak tido..padan muke ayah die tak dpt tido..hahaha....
ape pun saya syg kamu semua..

sayang kedua-duanya

Thursday, April 5, 2012

2 years 2 months 2 weeks + 11months 1 day

nk refer entri sblm ni.. 30 weeks + 1.1.1.

hari ni kt daisypath dlm pc opis ni bgtau wedding kami "2 years | 2 months | 2 weeks "..
rase bertambah special bile permata hati kami juga hari ni "11 months | 1 day "..
cantik pertemuan tarikh hari ni hingga menjadi usia anak kami special dgn usia perkahwinan kami...

thanks to daisypath to keep in track our relationship..hehee 



Permata hati saya..


MY GENERASI by Jinnyboy TV

terpaku n tersenyum sendiri mengenangkan zaman kegemilangan dulu-dulu kt skolah bile tgk vclip ni..
aaaahhhh..sgt bahagia..takde masalah..takde kerunsingan hidup..

enjoy~

Wednesday, April 4, 2012

11 bulan bersama si bidadari dari syurga

04.04.2012
alhamdulillah Ayla Ziqqin dh mencapai usia 11 bulan hari ni..
pejam celik-pejam celik sebulan je lagi dia nak setahun..
rindu pulak moments pregnantkan dia dlu..
rindu jugak saat2 berpantang dengan dia..duduk 24hrs tanpe sape memisahkan..

skrg Ayla makin membesar, n dua minggu lepas dh boleh bertatih 2-3 langkah..dan semalam she did 4-5steps ahead..(k-mon baby..u can do it..)..
dia semakin lasak..esp time malam n nk tido..sanggup menahan mata semata-mata nk main dgn surrounding die..

ape yg diharapkan (semua parents pun sama) muge Ayla selalu sihat, selalu cergas dan cerdas.

spt biase..ibu sayang kamu.

mmmuah~


gamba back to normal position wpun dh rotate bpuluh kali!
kenapa gamba ni back to normal position wpun dah berpuluh kali dirotatekan???
uuwaaaaa~


Friday, March 9, 2012

Happy Birthday Ayah Ayla..

09.03.2012
happy birthday to my dearest Zaimi Mansor...
semoga panjang umur, rezeki lebih murah dan selalu mendapat keberkatan daripada Allah..
saya sayang awak sentiasa dan selamanya..

this year xde kek..n present pun dh beli bln lps..so mcm xde selebret je rase...permintaan bday boy yg xnk kek..ngade!

Ayah ayla dan ayla beberape jam sblm 12mlm besday ayah..(tp last2 sume lebur tertido..countdown ntah ke mane..:P)

 
+ adela is the name +. Design by Exotic Mommie. Illustraion By DaPino