Friday, December 30, 2011

Welcome 2012...goodbye blessful 2011..










baik dan buruk..

Hari ini (29.12.2011) ada macam2 cerita yg buruk..dan yang baik untuk didengari di telinga ni..

pagi-pagi dikejutkan dgn emel dr opis..tentang berita kematian salah seorang warga JPNIN..Allahyarham Suridah Binti Bostani telah kembali ke pangkuan Illahi pagi ni setelah bertarung nyawa dengan penyakit kanser...agak terkejut mendengar wpun arwah mmg dh lama tak dtg bkerja..dan arwah juge merupekan jiran partition aku di opis nih...hehee..tp kami jarang bercakap/berbual..perkataan pertama dan terakhir die tnye lps aku msuk cuti lps bpantang psl baby aku..sihat ke tak..then die tros tak dtg kerja sbb sakit..

e-mel yg diterima.. :(


lps tu..berita yg tak best jgk dgr..kt FB dlm jam 3.00ptg sorg pelajar perempuan UiTM Bandar Melaka telah meninggal dunia..sebab ape tak diberitau..tp mungkin kemalangan rasenye..sangat terasa sbb student tu adalah pelajar Bach. Admin Science semester 5..yg pastinya adalah junior kami la yg dh tua2 ni..

++++++

ok..mood bertukar ke story yg best skt..

pagi ni juga aku telah menerima seorang boss baru..(skema ayat tu..)..boss sebagai Pengarah Khidmat Pengurusan di JPNIN..tempat yg tak terisi hampir 4 bulan lamanya..hampir 4 bln la jgk aku terkontang-kanting mmbuat kerja tanpa rujukan..sangat susah ok!..beliau bernama Adiratno Bin Che Ali..agak pelik mendengar namanya tp orangnya bknlah sepelik nama die..hehee..so far pade 'pertemuan pertama' kami, nampak beliau berkobar-kobar nk mbuat 1 transformasi utk bahagian ni..dan ape yg aku harapkan ianya berjaya sbb aku pn mahukan macam tu di Jabatan ni..harap die menjadi Pengarah terbaik utk Jabatan ini..

p/s: actually post ni dh siap semalam tp terlupa nk publish sbb tgh2 syok mengarang then boss panggil smpai la nk dkt time balik..so tros tlupe..:)

Thursday, December 29, 2011

Carta “Hall of Fame” Hiburan Malaysia 2011

Sumber: Yahoo.News|Malaysia

Tahun 2011 semakin hampir melabuhkan tirainya. Tidak lama lagi tahun 2012 bakal mula menunjukkan wajahnya. Seperti tahun sebelumnya, dunia hiburan tempatan sering menjadi buah mulut peminat hiburan seluruh Malaysia.

Baik bidang muzik, filem, teater, penyiaran mahu pun drama ada saja tarikan kuat yang menarik peminat untuk menyanjungi usaha penggiat-penggiatnya. Tidak ketinggalan, arena sukan juga dapat menjadi inspirasi untuk mengangkat usaha ahli sukan di mata peminat.

Ada juga yang terpilih untuk mengisi senarai “Hall of Fame” Hiburan Malaysia tahun ini turut menerima tempias di peringkat antarabangsa.

10. Pedulikan Kontroversi Nasi Lemak 2.0


'Nasi Lemak 2.0' mengutip lebih daripada RM7juta

Walaupun akhbar tempatan khususnya milik kerajaan menghentam Namewee, polemik itu gagal menghalang peminat filem tempatan menyerbu pawagam bagi menyaksikan filem sulung arahannya, Nasi Lemak 2.0.

Filem itu juga dibantah golongan ekstrimis politik yang menuntut filem itu diharamkan. Namewee, seperti biasa turut membalas hentaman itu di laman Youtube dengan caranya yang gemar memaki-hamun.

Pedulikan kontroversi, filem itu terus laris di pawagam seluruh Malaysia dan Singapura. Ia turut ditayangkan kepada pelajar Malaysia di Melbourne, Australia sempena Hari Kebangsaan dan di Golden Horse Film Festival, Taipei.

Akhirnya, filem yang turut dibintangi oleh Afdlin Shauki, Datuk David Arumugam dan Adibah Noor itu mengutip lebih RM7juta di pawagam.

Rata-rata yang menonton menyukai filem itu yang berkisar mengenai pertandingan memasak nasi lemak terbaik sedangkan yang tersirat ia menceritakan tentang jatidiri bangsa Malaysia.

9. Siti Nurhaliza Lancar All Your Love

Setelah 16 tahun bertapak dalam industri muzik, akhirnya Siti Nurhaliza memiliki album Inggeris sendiri, “All Your Love”.Satu percubaan berani untuk melonjakkan lagi namanya di peringkat antarabangsa.

Album yang mendapat sentuhan komposer Australia itu turut dipasarkan di iTunes dan secara digital di toko muzik online. Tersebar ke seluruh dunia lagu-lagu Siti kali ini.

Walaupun kurang mendapat perhatian stesen radio berbahasa Inggeris tempatan, cabaran itu tidak melemahkan semangat Siti.Malah, sebutan nyanyiannya juga turut dipertikai ramai.

Sehingga kini, sebanyak 10 ribu unit telah terjual dan Siti juga dikatakan mahu mempromosikan albumnya di Indonesia dan Singapura.

Malangnya usaha Siti itu nampaknya tidak akan diiktiraf di Anugerah Industri Muzik tahun depan kerana album tersebut tidak memenuhi kriteria dan syarat-syarat untuk layak dicalonkan.

8. Drama Aksi Juvana Popularkan Johan As’ari

Drama berlatarkan pesalah juvana dipertontonkan kepada masyarakat dalam sebuah drama bersiri popular, Juvana di TV3. Drama yang diarahkan Faisal Ishak itu telah melonjakkan nama pelakon utamanya, Zahiril Adzim dan Johan As’ari.

Sebelum ini, tidak ada yang kenal pada Johan As’ari, pelakon yang memegang peranan sebagai Botak. Kesan drama itu, sehingga kini masih lekat gelaran Botak itu walaupun Johan sudah berambut.

Juvana bukan saja mempopularkan Johan, malah pelakon lain turut mendapat tempiasnya. Cikgu Zakiah, watak yang dipegang oleh Izreen Azminda dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan Johan.

Menariknya drama tersebut apabila penonton didedahkan kepada kehidupan sebagai pesalah juvana yang jarang sekali disajikan kepada mereka. Sekolah Wira Bakti dianggap sebagai sebuah negara yang dilanda pelbagai konflik termasuk penyalahgunaan kuasa, buli dan banyak lagi.

Juvana turut dibarisi pelakon hebat antaranya Beto Kushairy, Bront Palarae, Adam Shaz, Syazwan Zulkifly dan ramai lagi.

7. Rahsia Nora Terbongkar

Kalau Enfiniti Vision Media menerbitkan teater, pastinya tanda aras yang cukup tinggi diletakkan. Tahun ini menyaksikan Tiara Jacquelina beraksi lasak di pentas Istana Budaya sebagai Nora dalam teater muzikal The Secret Life of Nora.

Bukan sekadar menggunakan tenaga kreatif tempatan, teater arahan Steven Dexter itu turut mendapat sentuhan pelakon Broadway, Ryan Silverman sebagai Agent Roger.

Peminat teater yang menyaksikan teater itu cukup terpesona dengan nyanyian Ryan malah wajah kacaknya menjadi igauan setiap penonton wanita. Pengacara popular, Aznil Nawawi berperanan jahat yang disayangi sebagai Mr.J Heart.

Selain lakonan yang mempersonakan, The Secret Life of Nora turut diperhebatkan dengan pencahayaan dan rekaan set bertaraf Broadway. Lebih RM5 juta dibelanjakan untuk menerbitkan teater muzikal itu, namun ia amat berbaloi untuk mengangkat mutu teater muzikal tanahair.

6. Astro First Wayang Di Rumah Anda!

Kini dengan Astro First, rumah anda boleh berubah menjadi pawagam. Astro First menyediakan tayangan filem-filem terbaru untuk pelanggan pada harga yang berpatutan selama 48 jam tanpa henti.

Ada di antara filem yang ditayangkan baru seminggu di pawagam, namun telah boleh ditonton menerusi perkhidmatan tersebut yang disediakan Astro. Beberapa filem terpilih boleh disaksikan dalam format HD.

Permintaan pelanggan Astro terhadap perkhidmatan ini cukup baik. Dikatakan filem Hantu Bonceng telah dilanggan lebih 100 ribu pelanggan.

Ia memudahkan kerana peminat filem tidak perlu keluar rumah, mencari parkir kereta atau pun beratur di panggung wayang untuk membeli tiket.

Duduk dengan selesa di sofa ruang tamu kediaman masing-masing dan nikmati pengalaman menonton wayang terus ke rumah anda.

5. Lisa Surihani


Lisa Surihani pelakon yang paling hangat di laman-laman sosial

Ada apa dengan Lisa Surihani? Pemenang Pelakon Wanita Terbaik FFM22 ini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pengarah berstatus duda, Yusry Abdul Halim.

Walaupun pasangan hangat ini masih lagi berteka-teki mengenai tarikh perkahwinan mereka, ramai yang menjangkakan ia akan berlangsung Februari tahun depan. (kan dh kompemkan date kawen dorg 23 feb2012 ni..ape yahoo tak update nih..)

Di ruang maya, gadis comel itu amat senang didekati masyarakat. Sifatnya yang sopan santun cukup disenangi semua. Lisa merupakan antara selebriti yang memiliki jumlah pengikut (follower) teramai di Twitter dan juga Facebook.

Di medium filem, Ombak Rindu yang dibintangi Lisa masih hangat ditayangkan di pawagam tempatan. Beberapa filem lakonannya masih lagi menunggu untuk ditayangkan antaranya Istanbul Aku Datang terbitan Red Films Sdn. Bhd.

Ada sesuatu tarikan yang menyebabkan Lisa cukup diminati ramai. Mungkin itulah aura yang ada sehingga menyebabkan Yusry tertarik kepadanya.

4. Khairul Fahmi Che Mat, Jagoan Bola Sepak Bertukar Selebriti
Khairul Fahmi Che Mat mengalami pelbagai kontroversi cinta dalam tahun 2011

Arena suka bola sepak Malaysia nampaknya cuba meniru arena bola sepak antarabangsa. Hidup pemain bola sepak David Beckham dan Christiano Ronaldo sering menjadi tumpuan lensa, begitu juga di Malaysia dengan Khairul Fahmi Che Mat.

Perjalanan hidup pemain bolasepak yang berasal dari Kelantan itu menjadi caca-marba setelah kejayaannya menjulang nama Harimau Malaya di persada antarabangsa.

Sejak itu, namanya meniti di bibir setiap peminat. Apa saja yang dilakukannya menjadi tumpuan masyarakat sehingga berlakunya pergolakan dalam hubungan cintanya dengan tunangannya, seorang gadis biasa.

Apek mula digosipkan menjalin hubungan dengan artis tempatan dan gambar-gambar peribadinya tersebar di internet.

Walaupun dihimpit pelbagai kontroversi, ia tidak sedikit pun menggugat semangatnya untuk membawa Malaysia menggondol ibu segala pingat emas di Sukan Sea baru-baru ini.

Apek bertindak selaku hero dalam perlawanan akhir bola sepak yang ditentukan menerusi sepakan penalti. Di padang, Apek ialah hero. Di dada akhbar, Apek ialah lubuk emas yang boleh dijual untuk melonjakkan penjualan akhbar dan majalah.

3. Tsunami Ombak Rindu

Lupakan filem aksi KL Gangster kerana tsunami Ombak Rindu sedang melanda negara! Mempertaruhkan nama besar Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani dan Bront Palarae, filem itu cukup laris di pawagam.

Rata-rata yang menonton menyukai melodrama tipikal Melayu yang diarahkan oleh pengarah filem Anak Halal, Osman Ali. Salah satu faktor yang melonjakkan populariti filem ini termasuklah novel nukilan Fauziah Ashari dengan tajuk sama dan populariti Aaron Aziz sendiri.

Penonton mana yang tidak terpesona dengan wajah kacak Aaron Aziz sebagai Hariz, simpati pada nasib Maya Karin sebagai Izzah dan benci pada watak Lisa Surihani sebagai Mila.

Ada juga di kalangan penonton lelaki yang turut mengalirkan airmatasewaktu menyaksikan filem ini. Setakat ini, filem tersebut berjaya mengumpul RM10.25 juta dari penjualan tiket.

Trend melodrama ini nampaknya semakin menular setelah penonton disogokkan dengan drama-drama meruntun air mata seperti Nora Elena dan Tentang Dhia.

2. Yuna Terbang Ke Amerika Syarikat

Yuna semakin mengorak langkah jauh apabila dipelawa ke Miami, Florida untuk menjalinkan kerjasama dengan vokalis dan pemain drum kumpulan N.E.R.D, Pharrell Williams.

Yuna menjadi satu-satunya penyanyi tempatan yang diberikan peluang untuk mengikat kontrak dengan Fader Label di sana pada Mac lalu. Di sana, sebanyak lima lagu telah ditulis secara bersama dan akan dimuatkan dalam album terbarunya untuk pasaran antarabangsa awal tahun depan.

Walaupun usahanya diperlekehkan oleh penganjur Anugerah Industri Muzik 18, Yuna tidak menoleh ke belakang dan membuktikan yang penyanyi bertudung sepertinya mampu untuk berjaya.

Baru-baru ini juga, Yuna terlibat dalam sebuah konsert MTV Iggy dan disiarkan di internet. Yuna merupakan finalis untuk kategori Best New Band In The World 2011 di MTV Iggy.

1. Fenomena Aaron Aziz

Hero baru idaman Malaysia! Sebut saja nama Aaron Aziz, namanya ada di mana-mana saja. Baik di kaca televisyen, layar perak mahu pun di pentas teater. Anehnya, kemunculan pelakon kelahiran Singapura ini tidak pernah membosankan peminatnya.

Tahun 2011 boleh dikatakan tahun Aaron Aziz! Filem lakonannya, KL Gangster mengutip kutipan pawagam sebanyak RM11.75 juta sekaligus memegang takhta filem paling laris di Malaysia buat masa ini.

Drama lakonannya, Nora Elena pula berjaya meledakkan rating tertinggi di TV3, termasuk tontonan di portal Tonton.

Panggung Sari, Istana Budaya pula turut merasai tempias populariti Aaron sewaktu teater Badai Semalam dipentaskan. Teater itu kini memegang rekod penonton teater paling ramai dalam sesebuah produksi.

Hampir menjengah ke tahun baru, filem Ombak Rindu pula kini sedang rancak ditayangkan. Sehingga kini, sebanyak RM10.25 juta telah berjaya dikumpul.

Jangan terkejut jika Aaron Aziz muncul sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 2011 mengenepikan penyandang gelaran tersebut, Shaheizy Sam.

encik aaron aziz..

ade seri pengantin tak aaron time nih?..(sy rase ade..:P)
p/s: ha..tang yg no.1 ni aku suke...dan sangat setuju!..en.suami pn sibuk nk menjadi ala-ala aaron aziz dh skg nih..kih...kih...

Wednesday, December 28, 2011

Ayla sudah butak...

Cuti panjang krismas aritu kami bertige buat keputusan utk pegi ke seremban..tak plan pon....kire ad hoc jgk la..balik dr gombak tros balik uma jap amek ape2 barang yg patut then tros ke seremban..(siap salah masuk hway lagi..tros sesat! )


Tanggal 26 Disember 2011 (bersamaan dgn besday Aisya...) kami (me+him) buat keputusan utk botakkan rambut die..bkn ape..ade dgr2 kalo rambut yg dr darah time die lahir ni tak elok..bole buat bdk selalu sakit la..itu la..ini la..itu tak tau la btol ke tak mitos ni..xjumpe lg fact psl ni..tp sj nk try kot2 la btol ape myth ni kan, maka terbotaklah Ayla kami...


Lokasi : salon area Pusat Komersial Senawang...(nak pegi mamak tp mamak cuti krismas la pulak...)
Mase : lebih kurang 5 petang


Mula2 time cina salon tu menzeeennngg kepala die, bkn main suka lagi..bkn main senyum..(tak takut ke die?..)..puas la aku memegang die supaye jgn die memberontak..then bile kepala die dh tobek separuh, die dh mula menangis..sedih sgt tangisan die..(ibu mane tak sedih dgr anak menangis sayu...)..mybe die rimas kot..rambut yg terpotong tu dh mule melekat2 kt muka die..tu yg buat die tak tentu arah tu..


 tp lepas 5min je, Ayla selamat dibotakkan...sangat lain...sangat gonjeng muke die..tp tetap chomel..tak sabar nk tggu rambut baru die tumbuh..weeee~


tgk muke die happy pada awalnye..
happy jugak lepas dh settle botak..berkaca lagi mata Ayla nih..



Thursday, December 22, 2011

Resepi Red Velvet Cake


smlm entri psl kepingin red velvet ni kan..n smlm borak² kakakku, ktorg plan nk try utk buat sendiri..(actually die yg buat..hrp aku tgn kejung xpndai..:P)....so acara mengugel resepi yg mudah bermula...at first cari kt resepi.my tu tp resepi yg ade tu mcm x phm sgt instructions die tu..n try lg google..pstu jumpe la kt blog planet mira yg simple je cara memasak die..harap2 nnt time kami membuat ni menjadi..
(ingat nk share resepi kt cni tp blog die ade Copyright control la..so just click la link blog die tu utk dptkan resepinye...)

bile nk buatnye tu?..

plan nk buat utk birthday ibu n kakak ketige ku 1st january ni..dorg celebrate birthday same2 every new year..(jeles..) hope plan ni goes well la kan?...;)

ibu dan mumtaz (kakak ketigeku..)



Wednesday, December 21, 2011

Red Velvet Cake

Tibe2 ati ni tingin sgt nk mkn kek red velvet..puas gugel carik kot ade yg dkt2 boleh buat kek nih..tp xde yg menarik perhatian nati tak terbuke nk oder kt mane2 page yg dh view sbb takot rase xspt yg diinginkan..sgt tingin nk mkn..apesal la Secret Recipe ® ni tak pule buat kek red velvet.. :(




nota.kaki: semalam dpt jugak makan tutti frutti red velvet..agak lame gak mencari outlet dorg yg provide ni..kdg2 bile pegi xde red velvet..tp smlm kt mines, sy dh dpt..baby ayla pon join venture menikmati tutti frutti red velvet ni..nyum..nyum~ ;)

Monday, December 19, 2011

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2012 (Kakitangan Awam)


Kat cni nk share la Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2012 untuk kakitangan awam aje...hehee..

walaupun aku still tak tau jumlah gaji baru (Skim SBPA) ni berapa akan dapat..tgk org lain sume dok bz mengire brape naik..tp aku tak de excitement pun sbb mcm dgr ura2 M41 ni dpt tak berape sgt(xtau la kan?...)..tp apepun tetap bersyukur aje kenaikan ni..sape yg nk bagi?..bile gaji naik, skop kerja pn makin bertambah dan meluas..semak kepala..semak~

yg penting kite boleh plan ape financial kite utk bln-bln berikutnye bpandukan jadual nih..
semoge rezeki tahun ni akan dimurahkan olehNya..
amin~

Baby Ayla Demam Campak

Selepas selesai kenduri aqiqah ayla 10.12.2011 aritu...esoknye ayla mule menunjukkan tanda-tanda demam..selalunya kalau badan die dh suam2 tu xnk bg die ubat sbb pernah ade satu masa tu bg die ubat dmam sbb dh tunjuk tanda2 demam, tup2 tros panas badan die..

tapi lepas beberapa ari demam die mcm x kurang2, bwk la ayla ke klinik..so doc bg ubat biasa..ubat demam, pecah tekak..bile bg kt ayla, still tak turun2 demam die..tapi makin panas..kerja aku pun dh tak tentu arah..kejap MC kejap EL dlm minggu tu..huru hara jgk la..ape2 pun anak diutamakan..lantak la bile boss ke sape ke nk salah paham..dh anak btol2 sakit, takkan kite bole pejam mata je..

hari khamis malam tu, bdn ayla makin panas..selalunye bile malam je die akan bertambah panas..tp ni tak..since malam khamis, smpai la ke pagi jumaat, suhu bdn ayla mencecah 39.2 degree..kesian sgt tgk die..makan taknak..nasib baik nk susu badan aje..(tu la sbb aku kne cuti!!)..nak tak nak, ari jumaat aku bwk die ke Hospital Columbia Asia, Cheras..and bile dh jumpe pediatrician kt ctu, ayla bapak punye aktif..die tnampak mainan menarik kt meja doc tu..mmg la agresif jd die..so doc pn mcm tak percaya..demam, tp aktif..die siap sound, "u tak pernah belikan anak u mainan ke?"...kureng asam pnye doc..punye berlambak mainan ayla..cume bdk bertuah ni tak boleh jumpe benda baru..mmg semacam agresif die..

so doc just masukkan ubat kt punggung die tu..die ckp if tak baik jgk demam die lps mkn antibiotik yg die bg ni, dtg balik spital n mybe ayla masuk ward..doc tak galak die masuk ward skg sbb ward pnye virus lg teruk dr kt umah..so aku pun ikut la ckp doc..

alhamdulillah..malamnye demam ayla tibe2 kebah...taaapi, tbe2 badan die kua bintik2 merah..and ibu pn ckp "la..nk demam campak rupenye... patutlah demam panas..."

so arini dh sminggu ayla demam..harap2 campak halus die akan cepat kebah..sihat dan aktif selamnya..

sayang anak ibu..mmmuah~

Tuesday, December 13, 2011

Borang Bantuan RM500

Boleh donlod rupanye borang ni...apesal la awal2 tak diberitahu kt newspaper² yg borang ni boleh didonlod..ni just ckp bole didapati di Jabatan Pembangunan Persekutuan la..Pecabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDN la..di agensi-agensi kerajaan..nasib baik la aku tak turut same2 memenatkan diri utk que kt pejabat² ni utk ambil borang ni..

kt cni nk share la link utk donlod borang ni..(sila click perkataan link itu ye..)lebih mudah, cepat dan jimat..;)

tarikh permohonan bermula 10 Disember 2011 yg lepas sehingga 10 Januari 2012 kalau tak silap..

jom sama-sama kita memohon..[apply utk ibu aje..utk diri sendiri tak layak... :( ]



Thursday, December 1, 2011

Doa Isteri Solehah

thanks to lovelytogether utk doa nih..;)

DOA ISTERI SOLEHAH

Ya Allah,
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan..

Ya Allah,
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititian Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya..

Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena..

Ya Allah,
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka..

Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu
Ya Allah,
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu
Aku buta tanpa bimbingan Mu
Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu..

Ya Allah,
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan Mu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu..

Ya Allah,
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan dunia Mu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Tuhanku,
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin..

+semoga diriku tergolong dlm golongan isteri-isteri yang solehah...amin~
 
+ adela is the name +. Design by Exotic Mommie. Illustraion By DaPino