Wednesday, December 19, 2012

Atasi Anak Meragam


MENANGIS atau meragam sudah menjadi sifat semula jadi bayi yang normal. Kita tidak boleh mengharapkan anak yang sentiasa ceria dan tidak membuatkan ibu bapa pening menangani pelbagai kerenah mereka.

Menangis juga satu cara bayi berkomunikasi dengan penjaga kerana mereka masih tidak pandai meluahkan perasaan dengan kata-kata.
Menjaga bayi menuntut kesabaran yang tinggi kerana jika tidak, ibu bapa boleh hilang sabar dan ada yang bagaikan hilang kewarasan diri sehingga sanggup mendera anak sendiri.

Dengan pelbagai tekanan dan tanggungjawab yang perlu dipenuhi setiap hari, kerenah anak yang menangis atau meragam apatah lagi pada malam hari memang boleh menyebabkan ibu bapa hilang sabar.

Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, kita tidak sepatutnya melepaskan kemarahan atau segala beban seharian terhadap anak kecil yang tidak berdosa dan mengerti apa-apa. Sebaliknya kita harus belajar untuk menjadi ibu bapa terbaik sekali gus memahami keadaan si kecil yang sering meragam itu.

Buat ibu bapa dan penjaga, teknik menangani bayi yang meragam dan sering menangis ini boleh dijadikan panduan:

1. Bersikap tenang

Perkara terbaik yang boleh dilakukan ibu bapa apabila anak meragam atau menangis dengan nyaring ialah bersikap tenang dan bukannya memarahi anak dengan suara yang tinggi.

Apabila tekanan dalam diri ibu bapa meningkat, anak juga akan menjadi bertambah tertekan, menyebabkan usaha menenangkan bayi tidak akan tercapai.

2. Periksa lampin bayi

Bayi menangis kerana pelbagai sebab, antaranya mereka tidak selesa apabila lampin sudah terlalu penuh atau mereka baru saja membuang air besar.

Jadi, apabila anak menangis, cuba periksa lampin untuk pastikan masalah anak mena–ngis bukan berpunca daripada lampin. Sekiranya basah lencun atau kotor, salin lampin supaya bayi lebih selesa.

3. Periksa suhu badan bayi

Kadangkala bayi menangis apabila dia berasa terlalu sejuk atau terlalu panas.
Mungkin ibu bapa boleh memegang tangan atau kaki anak untuk memastikannya.

Sekiranya sejuk, pakaikan baju yang menutup tubuh dan lebih tebal. Namun sekiranya panas, cuba gunakan termometer bagi memeriksa suhu bayi.

4. Kembung perut

Bayi selalu mengalami masalah kembung perut. Oleh itu, ibu bapa perlu memeriksa dengan menepuk lembut dengan jari bagi memastikan anak mereka mengalami masalah kembung perut. Sekiranya benar, sapukan minyak angin pada perut bayi untuk melegakan perutnya.

5. Beri susu atau makanan bayi

Sekiranya semua perkara di atas tiada pada bayi, kemungkinan besar dia lapar.
Tawarkan minuman atau makanan pada bayi. Ibu bapa perlu mempunyai jadual dan mengingati masa makan atau minum anak mereka.

Jangan ambil mudah kerana selain senang meragam akibat lapar, tumbesaran bayi juga boleh terjejas jika tidak mendapat zat mencukupi.

6. Bayi mengantuk

Bayi juga akan meragam dan menangis jika mengantuk. Selalunya mereka hanya
mahu didodoi oleh ibu atau bapa dan sebaik dipeluk, mereka menjadi tenang dan tidur dengan mudah.

Pelukan daripada ibu bapa bukan saja dapat menenangkan bayi, malah ia mampu menyalurkan kasih sayang yang sangat diperlukan oleh bayi untuk membesar dengan sempurna.

7. Mahu bermanja

Adakalanya bayi hanya mahu didukung, dipeluk, dilayan atau diberi perhatian penuh oleh ibunya. Bayi sememangnya manja dan mahu dibelai ibu.

Banyak kajian menunjukkan belaian daripada ibu bapa dapat meningkatkan sistem pertahanan bayi, membantu menstabilkan emosi, membantu selera bayi dan menjadikan anak mereka lebih ceria.

8. Alih perhatian bayi

Apabila anak menangis atau meragam tanpa dikenal pasti puncanya, antara kaedah yang boleh digunakan ialah mengalihkan perhatiannya.

Ada kemungkinan bayi itu bosan justeru, ibu bapa boleh menghiburkan bayi mereka. Lakukan perkara yang boleh membuat bayi ketawa seperti membuat aksi melucukan atau membawanya keluar bersiar-siar melihat sekeliling selain berbual-bual dengan bayi supaya mereka rasa disayangi.

9. Ubah cara dukung

Sesetengah bayi mempunyai posisi dukung yang digemarinya. Jika anak sukakan posisi tegak di bahu, jangan baringkan dia ketika mendukungnya kerana bayi pasti akan menangis.

Apabila menegak, bayi boleh melihat keadaan sekelilingnya dengan lebih baik seolah-olah berjalan dan ia penting bagi proses pembelajarannya.

10. Hiburkan bayi

Biarpun nyanyian anda sebenarnya sumbang namun bagi bayi anda, andalah penyanyi terhebat. Oleh itu, gunakan kesempatan ini untuk menyanyikan pelbagai lagu lembut kepadanya terutama lagu yang mempunyai unsur pendidikan kerana anak akan mengikut nyanyian sambil belajar dan pada masa sama, dia akan tenang dan berhenti menangis.

11. Menari bersama bayi

Ini antara teknik yang boleh dilakukan sekiranya ia dapat membuatkan anak anda
tersenyum serta membuatkannya berhenti menangis. Ajak anak menari dengan gaya yang disukai kanak-kanak seperti tepuk tangan, supaya mereka terhibur tetapi pada masa sama, berasa rapat dengan anda.

12. Tukar pakaian bayi

Ada fabrik yang kasar pada kulit bayi hingga menimbulkan rasa tidak selesa dan
akhirnya bayi menangis. Oleh itu, tukar pakaiannya kepada yang lebih selesa dan pastikan pakaian bayi diperbuat daripada fabrik lembut dan tidak panas seperti kain kapas.

13. Mandikan bayi

Bayi yang meragam sepanjang hari mungkin berasa tidak selesa atau ruam akibat lampin. Mandikan bayi dengan sabun yang mengeluarkan bau menenangkan dan sapukan tubuhnya dengan losen atau minyak mineral yang menghindarkan masalah ruam.

14. Urut bayi

Mengurut antara cara untuk menenangkan bayi. Sentuhan kulit ke kulit bukan saja menenangkan bayi tetapi hubungan ibu bapa dengan anak juga menjadi semakin rapat.

15. Kurangkan rangsangan sekeliling

Terlalu banyak rangsangan di sekeliling boleh membuatkan bayi terganggu, seterusnya menangis dan meragam. Bagi menenangkan bayi, cuba malapkan cahaya lampu, asingkan permainan yang banyak dan mengurangkan bunyi bising.

16. Bedung bayi

Bagi bayi kecil, mereka berasa tenang dan selamat apabila dibedung dengan kain dan dipeluk ibu bapa. Ini kerana bagi si kecil ini, keadaan yang terbuka menakutkan mereka. Oleh itu, sebaik-baiknya bedung bayi kecil, bukan saja mereka akan berasa hangat, ia juga membantu bayi tidur dengan lebih nyenyak.

17. Gunakan bunyi menenangkan

Ada sesetengah bunyi mampu menenangkan bayi apabila ia berbunyi terus-terusan contohnya bunyi kipas berputar atau bunyi kerincing angin yang digantung di tempat berangin.

18. Beredar dan menenangkan diri

Sekiranya semua cara yang dilakukan tidak mampu menenangkan bayi dan anda mula hilang sabar, tinggalkan sekejap bayi anda di tempat yang selamat dan tenangkan diri terlebih dulu.

Berfikir positif dan memahami bayi anda tidak melakukannya dengan sengaja kerana dia tidak memahami apa-apa dan masih kecil.

19. Bawa bayi bertemu doktor

Anda juga boleh membawa bayi bertemu doktor kanak-kanak bagi membuat pemeriksaan untuk memastikan tangisan bayi bukan berpunca daripada masalah kesihatan yang serius.

Sumber : harian metro

Friday, December 7, 2012

Sakit Kepala disebabkan Sinus a.k.a Resdung

Article kali ni just nk share utk tambah pengetahuan umum tentang sakit kepala..normally sakit kepala ni berpunca dari macam-macam..kalo gastric pun bole sakit kepala..power mata naik pun sakit kepala, too stress pun sakit kepala, migraine pun lagi la..

tp kali ni aku punye sakit kepala berlarutan dh masuk hari ke-5 dah agaknye..nak pi klinik malas...sebab tau paling tidak pun dpt PCM je nnt..mmg aku tau sakit kepala ni disebabkan selsema yg aku dpt minggu lps..hingga ke ari ni dh masuk minggu ke-2 dah menderita dengan selsema ni..selsema kali ni bkn selsema biase..die lebih kpd sinus..bukti??...

aku dpt drp artikel bawah ni which is 99.99% sakit kepala aku ni ade simptom tersebut..

Kenali 4 Jenis Sakit Kepala (sumber : selangor2u.com)


Semua orang pernah menghidap sakit kepala terutamanya sewaktu kita mempunyai masalah. Tetapi tahukah kita apakah jenis sakit kepala yang kita sedang hadapi itu?

Pada dasarnya ada 4 jenis sakit kepala, yang penekanannya bermula daripada bagaimana rasa sakit itu dihasilkan. Menurut Clinical Methods, rasa sakit juga boleh terjadi pada setiap bahagian kepala, termasuk kulit, otot-otot, pembuluh darah, sinus, struktur gigi, dan saraf-saraf wajah.

STRESS
Sakit kepala di atas adalah berpunca daripada tekanan atau stress yang sedang kita alami. Rasa sakit kepala berlaku disebabkan ketegangan otot di di bahu, leher, kulit kepala, atau rahang.Kesakitannya seperti ada yang memerah kepala anda.

CLUSTER

• Sakit kepala jenis ini biasanya berlaku di kalangan lelaki pertengahan umur, manakala migraine tipikal lebih biasa berlaku di kalangan wanita.
• Sakitnya hanya mepiluti sebelah bahagina kepala sahaja. Sakit biasanya terjadi dibelakang mata dan biasanya berlaku pada mata yang sama.
• Sakit yang menyerang secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran.
• Sakit yang memuncak dalam tempoh 5 hingga 10 minit dan mungkin berlarutan sehingga beberapa jam.
• Sakit yang menyebabkan seseorang terbangun daripada tidur dan berlaku beberapa kali sehari untuk beberapa minggu dan kemudian berhenti. Menyerang hampir pada waktu yang sama setiap hari, untuk beberapa minggu atau bulan.
• Sakit yang mungkin berkaitan dengan sebelah bahagian rongga hidung tersumbat dan mata yang berair.

SINUS


Kesakitan yang dirasai adalah hasil dari tekanan dalam sinus tengkorak.  Kesakitan tertumpu di belakang dahi dan tulang pipi.  Ianya disebabkan oleh jangkitan (bakteria atau virus) ataupun alergi.  Tanda-tanda bahawa anda mempunyai jangkitan sinus ialah :
• Keluar cairan berwarna hijau dari hidung anda lebih dari 7 hingga 10 hari.
• Selsema atau hidung tersumbat.
• Rasa seperti sesuatu sedang menutup telinga.
• Bengkak di wajah.
• Rasa sakit di gigi

MIGRAIN
• Berlaku apabila saluran darah di kepala menutup terlalu ketat atau membuka terlalu luas
• Berlaku apabila saluran darah di kepala
• Sakit dirasai disebelah bahagian sahajapada satusatu masa, tetapi mungkin merebak ke seluruh kepala.
• Sakitnya berdenyut-denyut dan selalunya berlaku secara perlahan-lahan dan menjadi lebih teruk selepas satu jam atau lebih. Berlarutan sekurang-kurangnya 2-4 jam atau lebih lama.
• Sakit mungkin menyerang sekali dalam masa beberapa hari atau beberapa minggu atau langsung tiada untuk beberapa bulan, Migrain biasanya berlarutan selaman beberapa jam tetapi jarang melebihi satu atau dua hari.
• Sakit mungkin menjadi lebih teruk dengan tekanan, pengambilan alcohol, atau sesetengah jenis makanan seperti coklat dan seringkali disertai rasa loya dan muntah-muntah. Tidur dapat melegakan sakit kepala jenis ini.
• Mempunyai sejarah keluarga yang mengidap migrain

Hati-hatilah bila anda sering mengalami sakit kepala. Gangguan kesihatan yang kita anggap remeh ini sebenarnya boleh menjadi salah satu gejala dari penyakit yang lebih serius

Monday, December 3, 2012

Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri 2013 a.k.a cuti umum 2013

title ni nak dikatakan agak trending jugak la bile menjelang ujung-ujung tahun ni...tatkala di sini la semua orang sibuk mark X kalendar masing-masing utk plan kawen, vacation, kenduri kendara semualah...

utk aku...tak boleh nk berangan nk jalan jauh2 sebab anytime kursus utk pengesahan jawatan PTD ni anytime je dorang boleh panggil untuk pegi DPA n Lead Camp.. (tak sanggup nk tinggalkan anak bile terbayang DPA ni..)..so kalo nk plan bercuti, kne la last minit..paling tidak sebulan sebelum tarikh je baru bole plan..kalo tak mau tiket flight, hotel, angan-angan sume berkecai..

so disini taknak membebel lanjut..sy share link utk jadual hari kelepasan am bagi tahun 2013 serta takwim penggal persekolahan 2013 di Malaysia ini.

bye~





Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2013

Jadual Pembayaran Gaji 2013
tahun depan nampak mcm date gaji yg bakal diterima ngam2 sebulan except utk bln 10..berkemungkinan kebanyakan penjawat awam akan merana kerana lebih sebulan gaji tidak akan dikeluarkan...so pesanan untuk penjawat awam semua (diri sendiri juge..) sila lah berjimat n beringat..

sama keadaan mcm bulan ini jgk..gaji kita dapat time awal november 2012 yg lalu kerana deepavali..skg ni dh masuk bln 12 dan kebanyakan sedang menghitung hari menunggu detik 18 Disember untuk menerima gaji dan bonus setengah bulan.. :D

utk raya aidilfitri thn depan, tiada gaji awal diberikan...hnya menerima gaji 2minggu sebelum raya menjelang...mampukah duit itu bertahan sehingga raya dan perbelanjaan minggu pertama Aidilfitri (kos sememangnya banyak nk pakai utk balik kampung)...hrp2 ade bonus lah di situ.. #anganangan

so, kepada semua penjawat awam berbijaklah anda berbelanja dan berkhidmatlah dengan seikhlas hati kerana setiap detik perilaku kita semasa bekerja di bayar dengan gaji yang kita terima ini.  Semoga diberkati Allah hendaknya..
 
+ adela is the name +. Design by Exotic Mommie. Illustraion By DaPino